fbpx

Davies beri amaran tidak pandang mudah Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVIES dan rakan sepasukan lain giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Nepal malam ini. - FB MALAYSIA NT

PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah keupayaan Nepal pada aksi pusingan ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Pemain bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, kemenangan 5-1 ke atas skuad The Gorkhalis pada aksi persahabatan tertutup pada 15 Mac tahun lalu tidak seharusnya menjadi ukuran.

Jelas Davies, Nepal di bawah kendalian Matt Ross tampak berbeza dan lebih mantap dengan kehadiran beberapa muka baharu ketika mengejutkan Singapura apabila menang 1-0 pada aksi persahabatan, Jumaat lalu.

“Nepal menunjukkan berbanding sebelum ini dari aspek taktikal permainan yang direncanakan jurulatih baharu mereka. Justeru, kita tak boleh pandang rendah mereka dan lebih berhati-hati.

“Kita juga perlu memberi tumpuan penuh atas padang dan mengikut perancangan ampuh ketua jurulatih bagi memperoleh keputusan yang positif,” katanya.

Sementara itu, kapten Nepal, Kiran Kumar Limbu enggan mengimbau detik hitam 1-5 kepada Malaysia sebelum ini sebaliknya mahu menjadikannya titik kebangkitan The Gorkhalis.

“Sudah tentu kekalahan pada aksi lalu masih berbekas buat kami, ia satu pengajaran untuk kembali bangkit dan kita mahu fokus dan beri yang terbaik menentang Malaysia.

“Nepal diundi dalam pasukan yang suar, selain berdepan Malaysia, kita juga perlu menghadapi Loas dan Vietnam, jadi kita perlukan permulaan yang baik untuk melangkah jauh,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI