PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda.
Dalam hantaran tersebut turut dimuat naik beberapa keping gambar ketiga baginda melafazkan pembayaran zakat harta.

Cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hasrin Kamal Hashim.
Penyerahan cek tersebut turut disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini. – KOSMO! ONLINE