fbpx

500 tan metrik sisa pukal banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pembersihan pasca banjir akan dibuat secara menyeluruh di empat daerah terjejas banjir

JOHOR BAHRU – Sebanyak 500 tan metrik sisa dijangka dikutip dalam Operasi Pembersihan Pasca Banjir di kawasan terjejas banjir di empat daerah di negeri ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment), Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, kawasan tersebut adalah di Johor Bahru, Iskandar Puteri, Kulai, Kota Tinggi dan Kluang.

Operasi membabitkan 200 tenaga kerja dan 40 buah jentera itu bermula pada Jumaat lalu. Dalam lima hari, lebih 250 metrik tan sisa seperti almari, katil dan tilam rosak dibersihkan di kawasan terjejas.

“Kita jangkaan sehingga Sabtu ini, sebanyak 500 metrik tan sisa dapat dibersihkan.

“Dari segi pembersihan, kita berjaya mengutip 250 metrik tan sisa banjir dengan purata sebanyak 50 hingga 60 metrik tan sehari,” katanya selepas meninjau Operasi Pembersihan Pasca Banjir di Taman Tampoi Indah di sini, hari ini.

Mohd. Norlisam berkata, antara kawasan kutipan sisa tetinggi di Taman Tampoi Indah, Projek Perumahan Rakyat Desa Mutiara, Kampung Seri Jaya dan Kampung Seri Serdang, Kampung Sepakat Jaya di Johor Bahru dan Kampung Sinaran Baru di Kulai. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI