fbpx

500 ekor ayam, ikan bawal emas RM1 ‘licin’ dalam 10 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai beratur di hadapan Pasaraya BS Freshmart bagi mendapatkan ayam dan ikan bawal emas yang dijual dengan harga RM1 seekor di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Sebanyak 500 ekor ayam dan ikan bawal emas berharga RM1 seekor habis dijual dalam masa 10 minit sempena pembukaan Pasar Raya BS Freshmart di Bandar Baru Jerantut di sini hari ini.

Orang ramai yang tiba sejak pukul 8 pagi menyerbu masuk sebaik pintu pasar raya dibuka sejam kemudian.

Suasana agak kelam kabut dan tidak terkawal berikutan ruang jualan sempit apabila pengunjung berebut memilih ayam RM1 untuk dibawa pulang.

Pengarah Urusan BS Freshmart, Mohammad Rasul Razuan berkata, jualan ayam dan ikan bawal emas selama tiga hari mula hari ini dibuat sempena pembukaan pasar raya tersebut.

“Kami menawarkan jualan RM1 untuk 500 ekor ayam bagi tempoh tiga hari sahaja. Selepas itu pelanggan boleh mendapatkan barangan ini pada harga RM5.99 seekor sehingga menjelang sambutan hari raya.

“Selain ayam, kita menawarkan 500 ikan bawal emas berharga RM1 untuk tempoh sama,” katanya ketika ditemui pada perasmian Pasar Raya BS Freshmart yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI