fbpx

134 pangkalan haram di Sungai Golok ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera Thailand menjalankan pemantauan di kawasan pangkalan haram Gergaji, Sungai Golok, Thailand baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menutup sebanyak 134 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Kelantan yang sering digunakan untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Sempadan bersama Kerajaan Negeri Kelantan.

Bagaimanapun, menurutnya, pihak berkuasa dan polis marin akan terus mengawasi wilayah itu bagi memastikan keselamatan sempadan negara.

“Kita letakkan juga pasukan sebab ‘omnipresence’ (kehadiran) ini penting kerana Sungai Golok ini dekat dengan Thailand.

“Di sini berlaku pelbagai bentuk ancaman, keselamatan, penyeludupan dadah, senjata api pendatang asing, minyak masak dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sambutan Peringkatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbala Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, kesemua agensi penguatkuasaan berada dalam keadaan kesiapsagaan yang tertinggi menjelang musim perayaan berkaitan keselamatan sempadan negara.

“Agensi Penguatkasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melancarkan Ops Pagar Laut pada awal bulan ini di mana mereka akan mengawasi 24 jam berkaitan ancaman seperti kemasukan pendatang asing dan penyeludupan.

“Ini adalah satu inisiatif yang sedang berlangsung sekarang kesemua kawasan sempadan maritim negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI