fbpx

Zii Jia rehat panjang, dapat perlindungan ranking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA terpaksa memohon perlindungan ranking daripada BWF bagi merawat kecederaan buku lali yang dialami.

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak akan beraksi dalam mana-mana kejohanan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan bagi merawat kecederaan buku lali yang dialami.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Team Lee Zii Jia (Team LZJ) hari ini, pemain berusia 27 tahun itu turut mendapat kelulusan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk perlindungan ranking.

Berdasarkan peraturan ditetapkan badan induk badminton dunia itu, pemain yang mendapat perlindungan ranking tidak dapat menyertai mana-mana kejohanan untuk tempoh minimum tiga bulan dan maksimum setahun.

Justeru, peminat-peminat sukan badminton tanah air tidak akan dapat melihat kelibat Zii Jia dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh tersebut, termasuk pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China 8 hingga 13 April depan.

“Selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya selain mendapat nasihat daripada beberapa pihak termasuk pakar perubatan, Team LZJ mengambil keputusan memohon perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia.

“Ini membolehkan Zii Jia meneruskan proses pemulihan terhadap kecederaan buku lali kanan dialami dan akan terlepas Kejohanan Badminton Asia yang akan datang,” kata Team LZJ menerusi kenyataan tersebut.

Menurut pasukan itu lagi, mereka akan memberikan yang terbaik bagi membantu Zii Jia dalam program latihan serta pemulihan dan kepulangannya ke aksi kompetitif bergantung kepada pemulihannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI