fbpx

Wanita warga emas terkunci dalam rumah ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang warga emas yang terkunci dari dalam di sebuah rumah di Felda Gunung Besout, Slim River, Tanjung Malim kira-kira pukul 10.10 pagi tadi. - Foto JBPM

TANJUNG MALIM – Seorang wanita warga emas berusia 68 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah kediaman terkunci dari dalam di Felda Gunung Besout, Slim River di sini pada pukul 10.10 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anak mangsa sebelum pasukan ke lokasi kejadian.

Katanya, apabila pintu rumah berjaya dibuka, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang turut berada di lokasi.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 10.57 pagi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI