fbpx

Wanita sanggup tinggalkan suami kerana ‘Enrique Iglesias’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cepeda (kiri) menyangka dia benar-benar bercinta dengan Enrique Iglesias. - Oddity Central

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang warga emas di Los Angeles, California menjadi mangsa ‘scammer’ yang menyamar sebagai penyanyi popular Sepanyol, Enrique Iglesias dan berpura-pura bercinta dengan mangsa, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Guadalupe Cepeda, 63, bahkan sanggup berpisah dengan suaminya semata-mata mahu bersama dengan penyanyi yang diminatinya selama lebih dua dekad.

Cepeda didekati penipu tersebut menerusi laman sosial dan berasa teruja kerana menyangka Iglesias benar-benar berminat dengannya.

Dia menjalin ‘hubungan cinta’ dengan lelaki tersebut selama dua tahun dan mereka berinteraksi menerusi pesanan ringkas.

Cepeda turut menghantar beribu-ribu dolar kepada penipu tersebut malah pada suatu ketika, lelaki itu memintanya mencuri wang daripada suaminya.

Bagaimanapun, suami Cepeda mula mengesyaki bahawa wanita itu ditipu selepas membaca perbualannya dengan ‘Iglesias’ pada telefon bimbitnya.

Selepas berkali-kali cuba membuka mata Cepeda bahawa dia ditipu, suaminya membuat keputusan untuk membawa wanita tersebut ke rancangan realiti, Primer Impacto untuk berkongsikan kisah romantiknya dengan ‘penyanyi’ tersebut.

Selepas segmen itu menjadi tular dan orang ramai memberitahu bahawa dia ditipu, Cepeda masih enggan mempercayainya sehingga suaminya merayu kepada Iglesias untuk membuat pengakuan.

“Apa yang saya rasakan adalah jujur. Perkahwinan saya akan berakhir kerana saya mencintai anda,” kata Cepeda kepada Iglesias.

Meskipun Iglesias tidak memberikan sebarang respons kepada kenyataan Cepeda, dia memuat naik hantaran yang memberi peringatan kepada peminat-peminatnya agar berwaspada dengan penipu seumpama itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI