PETALING JAYA – Hanya bertiangkan buluh, begitulah keadaan sebuah jambatan sementara yang digunakan oleh penduduk sebuah kampung dipercayai di Sabah.
Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook Geng Kampung kelihatan jambatan itu hanya boleh dilalui kenderaan biasa dan difahamkan ia dibina sendiri oleh penduduk kampung.
Berdasarkan klip video itu juga, meskipun lantainya menggunakan konkrit, namun semua tiang yang menyokong konkrit tersebut hanyalah bertongkatkan buluh.
Bagaimanapun, kata Geng Kampung, tindakan membina jambatan sementara itu adalah sebagai alternatif untuk memudahkan penduduk kampung membawa keluar kenderaan dari kampung.
“Untuk pengetahuan semua ini bukan memburukkan mana-mana pihak, ini kami buat sementara untuk alternatif supaya kenderaan boleh lintas dan pihak kerajaan sudah buat sumbangan membaiki jalan ini.
“Harap kamu faham, tidak ada istilah memburukan keadaan dan YB (Yang Berhormat) kawasan kami sudah melawat dan sudah bagi kelulusan bantuan kilat untuk membaiki jalan tersebut harap tidak ada yang salah faham,”tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen termasuklah ketahanan dan keselamatan pengguna yang melalui jambatan buluh itu.
“Saya nampak mereka pakai bambu (buluh) sahaja. Tahan berapa lama pakai bambu. Di kampung saya tiada orang pakai bambu untuk keadaan begini,”tulis Gasah Nur Ainigs.
“Nak tunggu bantuan taktau bila baru dapat, bagus inisiatif mcm ni menampakkan orang-orang situ berpakat,”komen Zolhisyam Mohd Yusof.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Siti Fatimah Zainol.
“Kesiannya, berapa lama la nk tahan titi (jambatan) buluh tu,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE
@mycomnewssabah Terbaik Semangat dan kerjasama penduduk Kampung Matunggong perlu dicontohi oleh orang ramai dalam membantu antara sama lain. #mcnsabah #communitynews #kotamarudu #jambatanbuluh #sabah ♬ Nyam Nyam Ketupat – Zizan Razak & Wani Kayrie & Dinda Dania & MissAlvy