fbpx

[VIDEO] Kedai seperti diserang zombi, pelanggan serbu baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sebuah premis jenama popular baju raya yang bersepah dengan longgokan pakaian selepas diserbu pelanggan.

PETALING JAYA – “Macam lepas kena malapetaka zombi,” itu keluhan seorang wanita selepas mengunjungi sebuah premis jenama popular pakaian raya yang dilihat bersepah dan tidak terurus selepas diserbu pelanggan.

Menerusi TikTok iqanabilaidi, wanita itu mengunjungi salah satu cawangan jenama popular tersebut dan pada video dikongsikannya, terdapat pakaian berlonggok di atas rak selain ada yang jatuh ke lantai.

“Baju kualiti premium harga berpatutan, tapi yang membeli perangainya tak berapa nak premium, maaf. Tengok ni, kau orang kenapa ya?

“Saya tak salahkan staf langsung, salahkan korang yang pergi serbu ni,” katanya kesal.

Menerusi ruangan komen, ramai bersetuju dengan teguran wanita tersebut terhadap pelanggan yang menyebabkan keadaan teruk di dalam premis itu.

“Setiap kali Ramadan memang macam dilanda puting beliung. Padahal berpuasa mengajarkan kesabaran, tapi ramai yang masuk tu, sabar dah hilang pergi mana entah,” kata Felisya.

“Macam tak percaya, ni kerja rakyat Malaysia. Kita marah orang panggil kita negara dunia ketiga, tapi mentaliti masih kelas ketiga,” komen Muallim916.

“Kalau pergi bukan waktu raya pun macam ni. Tudung dah tulis ‘jangan buka plastik’, dibukanya juga. Padahal dah ada ‘display’ kat kepala patung tu. Yang datang beli pun macam-macam perangai,” ujar ms.zila. – KOSMO! ONLINE

@iqanabilaidibaju kualiti premium harga berpatutan tapi yang membeli perangainya tak berapa nak premium sorry 😪

♬ original sound – iqa nabila aidi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI