fbpx

Timbunan wang hangus ditemukan dalam rumah hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah wang tunai ditemukan hangus. - The Indian Express

NEW DELHI – Mahkamah Agung India mendedahkan  video dan gambar menunjukkan sejumlah wang tunai dibawa keluar dari kediaman Hakim Mahkamah Tinggi Delhi, Yashwant Varma selepas kebakaran tercetus di kediamannya pada 14 Mac lalu.

Laman berita The Indian Express melaporkan, rakaman dan imej itu didedahkan kepada umum bersama laporan dalaman yang disunting Mahkamah Tinggi Delhi. Ia mengesahkan buat kali pertama bahawa wang tunai ditemui di tempat kejadian.

Video yang disediakan oleh Pesuruhjaya Polis Delhi, Sanjay Arora kepada Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Delhi, Devendra Kumar Upadhyaya menunjukkan anggota-anggota  bomba mengeluarkan sebahagian wang yang hangus daripada beg plastik dari kediaman Hakim  Yashwant. 

Dalam surat bertarikh 21 Mac,  Hakim Devendra meminta Hakim Yashwant untuk menghitung wang tunai yang ditemui di dalam bilik kediaman rasminya. 

Hakim Yashwant dalam jawapannya menafikan dakwaan itu, dengan menyatakan bahawa tiada wang ditemui di  kediaman beliau dan keluarganya. 

Beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai asal usul atau pemilikan wang yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Pendedahan video itu dibuat beberapa jam selepas Ketua Hakim Negara India, Sanjiv Khanna membentuk jawatankuasa tiga anggota untuk menyiasat dakwaan mengenai wang tunai yang ditemui di kediaman Yashwant. 

Mahkamah Agung dalam masa sama mengumumkan bahawa Hakim Devendra telah diarahkan untuk tidak menyerahkan sebarang kerja kehakiman kepada Hakim Yashwant buat masa ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI