PETALING JAYA – Sikap tolong menolong seorang pemandu treler membantu mengangkut penunggang motosikal meredah banjir di Pandan, Johor mendapat pujian ramai.
Menerusi video tular di TikTok milik @Ared.rais, pemandu treler itu menjadi ‘wira’ dalam menyelamatkan penunggang motosikal yang terkandas dengan membawa mereka menaiki treler berkenaan.
Kejadiaan yang tular tersebut mendapat pujian orang ramai, dengan menyifatkannya sebagai satu contoh keprihatinan yang patut dicontohi.
“Terima kasih tolong brader (abang) Treler,” katanya.
Rata-rata komen di TikTok terharu dan mengucapkan terima kasih kerana membantu Ketika musim banjir.
Ada juga di ruangan komen berseloroh melihat telatah abang rider (penunggang) yang teruja dan gembira.
“Rakyat bantu rakyat,” komen @Aleppoewww.
“Hamboi seronok kome ya,” balas @Nidianne_s.
“Terima kasih orang baik semoga Allah selalu permudahkan urusan,” @Khaii04_1. KOSMO! ONLINE