fbpx

‘Tak puas hati kita lawan di mahkamah, bukan merentan di IG’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizi menafikan isterinya, Siti Zulaikha sebagai individu yang didakwa mendaftarkan persekolahan anaknya, Ameena Sofea tanpa kebenaran.

PETALING JAYA – Menangkis tuduhan, penyampai radio Fizi Ali menafikan isterinya, Siti Zulaikha sebagai individu yang didakwa mendaftarkan persekolahan anaknya, Ameena Sofea tanpa kebenaran.

Fizi atau nama sebenar Mohd Hafizudin Alimudin, 35, menegaskan dakwaan dilemparkan bekas isterinya, Shakilla Khoriri sebagai sesuatu kenyataan yang tidak masuk akal.

“Fasal sekolah, apa jadah bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal langsung. Apa yang sebelah sana (Shakilla) cakap semua kalian percaya.

“Sebab apa? Sebab dia mak? Sebab dia perempuan? Habis itu, isteri saya? Bukan perempuan? Bukan mak? Kalian buli dia macam-macam.

“Mak tiri baik layan anak tiri baik kalian kecam, mak tiri dera anak dia kalian kecam, kalian nak macam mana lagi,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Pada perkongsian sama Fizi turut menegur tindakan pelakon terbabit yang memilih menggunakan media sosial untuk menyuarakan sebarang perkara.

Bahkan, peserta program realiti Pilih Kasih 2 itu juga menganggap tindakan Shakilla ‘merentan’ sebagai taktik kotor demi meraih perhatian.

“Sebelah sana cerita pasal hak, cari hak di mahkamah, kita ada undang-undang, bukan merentan dekat Instagram.

“Selepas itu, hujung-hujung post jual cili oil. Jangan nampak sangat nak meniaga guna teknik pemasaran kotor.

“Cukuplah, kalau tak puas hati kita lawan di mahkamah bukan dalam sosial media. Apa perangai macam budak-budak,” ujarnya.

Fizi turut menitipkan peringatan buat Shakilla agar tidak membawa lari anak mereka apatah lagi tahun ini Ameena bakal berhari raya dengannya.

“Lepas ini mesti belah sana bawa lari anak. Cuma nak ingatkan, mahkamah jatuhkan anak raya belah sini. Harap tak bawa lari okey, saya ambil tindakan di mahkamah sahaja nanti,” katanya.

Sebelum itu Shakilla meluahkan kemarahan terhadap individu yang mengaku menjadi penjaga anaknya dan bertindak mendaftar persekolahan Ameena tanpa pengetahuannya.

Pemilik nama lengkap Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 35, itu juga mendakwa dilarang berhubung dengan anaknya setiap kali tiba giliran bersama Fizi.

Terdahulu rumah tangga Fizi dan Shakilla yang dibina pada 18 Januari 2018 hanya mampu bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan Ameena, 6.

Pada 23 Oktober 2023 Fizi bertemu jodoh dengan Siti Zulaikha, manakala Shakilla berkahwin dengan Mohd. Fariz pada 24 Februari 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI