JAKARTA – Seorang wanita di Tangerang, wilayah Banten menghubungi bomba bagi membantunya mencari telefon bimbit yang dengan sengaja dilempar ke dalam sungai, lapor laman berita Detik semalam.
Agensi Pengurusan Bencana Daerah dalam satu hantaran di laman Instagram berkata, wanita tersebut sebelum itu melempar telefon bimbit ke dalam sungai ketika bertengkar dengan teman lelakinya.
“Bagaimana boleh jatuh? Siapa yang melempar telefon bimbit itu?” soal seorang anggota bomba dalam video yang dimuat naik.
“Saya sendiri yang melemparnya. Sekarang saya menyesal,” jawab wanita berkenaan.
Dua anggota bomba kemudian dilihat turun ke dalam sungai untuk mencari telefon bimbit itu, namun ia gagal ditemukan.
“Arus air amat deras, berkemungkinan telefon bimbit itu sudah hanyut,” kata seorang pegawai bomba, Alif. – AGENSI