fbpx

Samun emas RM2 juta untuk bayar hutang RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan rampasan barangan kemas daripada suspek tersebut pada sidang akhbar hari ini. -Foto SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Bayar hutang menjadi motif seorang lelaki merompak sebuah kedai emas membabitkan kerugian RM2 juta dalam sebuah rangkaian pasar raya di Kota Damansara, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika mendedahkan perkara itu memaklumkan suspek merupakan seorang anggota polis bantuan di salah sebuah syarikat di Bukit Beruntung.

Katanya, semakan mendapati suspek telah bekerja sebagai polis bantuan antara tujuh hingga 8 tahun lalu.

“Kita dapati suspek mempunyai hutang hampir RM20,000. Jadi, antara sebab lakukan samun adalah bagi bayar hutang.

“Namun siasatan masih dijalankan sama ada libatkan hutang ah long atau sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Jelas beliau, ini adalah kali pertama suspek melakukan jenayah termasuk merompak.

“Suspek tinggal dan bertugas di sekitar Bukit Beruntung manakala kawasan (kedai emas) di Kota Damansara selalu pergi untuk membeli-belah dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI