fbpx

RM146 juta kos penyediaan atlet ke Sukan Sea 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah ketika menjawab pertanyaan di Dewan Negara hari ini. -Foto JAPEN

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM146 juta diperlukan bagi kos penyediaan atlet ke arah Sukan SEA 2027 di mana merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus daripada RM122 juta yang dibelanjakan khusus untuk program penyediaan atlet Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, bagi persediaan atlet ke arah Sukan SEA 2027, Majlis Sukan Negara (MSN) akan melaksanakan fasa pertama program penyediaan atlet sebaik sahaja Sukan SEA 2025 berakhir.

“Pelaksanaan Program Podium yang sedang dilaksanakan ketika ini oleh MSN dengan kerjasama pemegang taruh utama bukan sahaja merangkumi program penyediaan atlet ke arah temasya Sukan SEA 2025 malah ia turut merangkumi program persediaan atlet ke arah Sukan Komanwel, Sukan Asia 2026 dan Olimpik LA 2028.

“Kementerian telah menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi menguruskan latihan atlet terbaik di bawah Program Podium supaya prestasi mereka dapat ditingkatkan melalui program latihan yang disediakan oleh jurulatih.

“Sudah semestinya peruntukan kewangan yang disediakan ini akan digunakan sewajarnya dalam menyediakan atlet ke arah prestasi yang lebih baik,” katanya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Salehuddin Saidin yang ingin tahu apakah persiapan negara atau pelan hala tuju kementerian sebagai tuan rumah sukan SEA 2027 dan adakah persiapan sukan SEA ini telah mengambil kira langkah jangka panjang untuk persiapan atlet negara pada sukan Komanwel, Asia dan Olimpik akan datang.

Tambah Hannah, KBS melalui MSN telah melaksanakan program Podium dalam menyediakan atlet ke temasya Sukan SEA 2027 seawal tahun 2024 dengan mengenal pasti kelompok atlet berdasarkan kriteria pemilihan yang ditetapkan iaitu yang berada pada kedudukan di antara 4 hingga 6 di Asia Tenggara.

KBS juga katanya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak swasta dan korporat untuk mendapatkan penajaan dalam bentuk wang tunai dan barangan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI