fbpx

Rakam video dan gambar kesalahan kenderaan berat, lapor kepada JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusoff (dua dari kiri) ketika hadir membuat tinjauan lalu lintas pada Operasi Hari Raya Aidilfitri berhampiran Pusat Kawalan Terowong Meru Menora hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pengguna jalan raya digalakkan merakam gambar atau video kenderaan perdagangan yang dipandu secara bahaya dan berterusan di lorong kanan untuk disalurkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, rakaman tersebut bagaimanapun perlu disertakan dengan butiran seperti tarikh, masa dan tempat kesalahan itu dilakukan.

“Saya mengalu-alukan semua pengguna jalan raya terutama penumpang kenderaan untuk merakam kesalahan yang dilakukan pemandu kenderaan perdagangan yang memandu secara bahaya dan berterusan di lorong kanan lebuh raya.

“Sertakan tarikh, masa dan kilometer berapa kesalahan itu dikesan supaya senang untuk kita mengambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 di Vista Point Menora, di sini hari ini.

Menurut beliau, Op HRA kali ini memberi fokus sepenuhnya kepada kenderaan perdagangan dengan tumpuan diberikan kepada tujuh kesalahan berjadual yang sering dilakukan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan.

Katanya, kesalahan tersebut ialah tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong dan menghalang daripada memotong, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit.

“Antara kesalahan yang dititikberatkan adalah memandu berterusan di lorong kanan. Tindakan ini bukan sahaja mengundang kesesakan yang lebih ketara malah boleh menyebabkan kemalangan,” katanya.

Tambahnya, menerusi rondaan yang dijalankan pada 20 Mac hingga semalam, sebanyak 19 kes direkodkan membabitkan bas ekspres dan persiaran manakala 15 kes pula melibatkan kenderaan perdagangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI