fbpx

Puspakom serah SPRM siasat isu kartel jual slot janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahmood menyerahkan sumbangan pakaian raya dan duit raya kepada salah seorang Warga Rumah Seri Kenangan Cheras pada majlis iftar, malam ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Puspakom Sdn. Bhd. menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu kartel dalam kalangan ejen yang menjual slot berganda tempahan janji temu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, ini selepas tangkapan dua ejen oleh agensi tersebut yang menunjukkan semua pihak termasuk Puspakom sentiasa bekerjasama memastikan perkara sama tidak berlaku lagi.

Katanya, ia sekali gus mengelakkan isu penjualan slot tersebut yang boleh menjejaskan hak pengguna bagi mendapatkan pemeriksaan di Puspakom.

“Saya tidak pasti sama ada mereka ini bertindak secara individu atau kartel. Justeru, kita serahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pada majlis iftar bersama Warga Rumah Seri Kenangan Cheras, di sini malam ini.

Sebelum ini, SPRM menahan reman dua lelaki berusia 30 dan 60an kerana dipercayai menerima rasuah bagi mempercepat proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikut prosedur sah termasuk mendapat nombor giliran di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan.

Jelas Mahmood, berdasarkan terma dan syarat penggunaan sistem MyPuspakom menetapkan tempahan hanya dibenarkan untuk kegunaan sendiri.

Ujarnya, pelanggan juga tidak boleh membuat tempahan secara berganda.

“Sama ada penjualan salah atau tidak, perkara itu perlu dibincangkan dengan pihak yang lain.

“‘Runner’ ini sentiasa ada di Puspakom menjalankan perkhidmatan kepada pelanggan dan mengambil kesempatan terhadap sistem sedia ada,” ujarnya.

Kosmo! pada 17 Mac lalu melaporkan Puspakom mendedahkan ada runner mengaut keuntungan hampir RM750 bagi jualan slot tempahan janji temu di premis itu berbanding harga sebenar hanya RM3.50.

Ini dilakukan antara dengan menggunakan nombor casis sama, tetapi nombor pendaftaran berlainan bagi 200 slot itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI