fbpx

Puspakom sedia kongsi kepakaran, anggap persaingan sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahmood pada majlis iftar, di Shah Alam hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) bersedia berkongsi kepakaran dengan tiga syarikat baharu bagi melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, kehadiran pemain baharu mampu meningkatkan mutu perkhidmatan, sekali gus memberi manfaat kepada pengguna.

Beliau berkata, pihaknya juga menganggap kehadiran mereka adalah satu persaingan yang baik dan meningkatkan prestasi kerja setiap syarikat terlibat dalam PPKM.

“Puspakom mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri ini. Malah, kita mempunyai kira-kira 1.34 juta pelanggan setiap tahun dan jenama Puspakom itu ada meskipun ada isu integriti yang timbul.

“Kita sedia berbincang dengan mereka dan mungkin pada masa hadapan berkolabrasi yang menguntungkan semua pihak,” katanya pada majlis iftar bersama Warga Rumah Seri Kenangan Cheras, di sini malam ini.

Kementerian Pengangkutan sebelum ini mengumumkan pelantikan tiga syarikat baharu dalam industri pemeriksaan kenderaan sekali gus menamatkan monopoli Puspakom selama lebih tiga dekad.

Mengulas lanjut, Mahmood berkata, kewujudan ketiga-tiga syarikat baharu ini adalah untuk memudahkan pelanggan memeriksa kenderaan mereka.

Malah, beliau tidak khuatir sekiranya ada pekerja Puspakom yang ditawarkan bekerja di tiga syarikat itu.

“Saya yakin mesti ada tetapi dalam pengalaman kita selama lima tahun kebelakangan ini dengan wujud syarikat lain mengadakan pemeriksaan kenderaan bukan mandatori, ada yang pergi namun kebanyakan kembali kepada kita semula.

“Ini kerana Puspakom telah 30 tahun dan disokong sebuah syarikat yang besar iaitu DRB Hicom. Jadi, ada satu keyakinan mereka terhadap Puspakom,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI