fbpx

Polis cari pemandu lawan arus di Plus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara melawan arus

KAJANG – Polis mengesan pemandu kenderaan yang memandu secara melawan arus di Kilometer 299 Lebuh raya Utara-Selatan (Plus) arah utara seperti yang tular di laman X hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan rakaman video tular itu dikongsikan di laman sosial X pada pukul 9.50 pagi.

“Rakaman tersebut yang berdurasi 20 saat memaparkan sebuah motokar di pandu melawan arus di KM 299 Lebu hraya Plus ke arah Utara.

“Pihak polis sedang giat mengesan pemandu kereta tersebut yang memandu secara merbahaya dan melulu sebagaimana di peruntukkan di bawah Sek.42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Inspektor M. Somasureshan di talian 016-4915193 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI