fbpx

Piala MFL dimansuhkan bagi bantu pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERENGGANU II muncul pasukan pertama yang dinobatkan juara Piala MFL selepas tewaskan JDT II 1-0 pada edisi sulung, dua tahun lalu. - SYAKIR RADIN

 

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mencapai kata sepakat untuk memansuhkan pertandingan Piala MFL bermula musim depan.

Keputusan itu dibuat selepas rakan kongsi MFL yang terdiri daripada 13 kelab Liga Super sebulat suara bersetuju untuk memansuhkan saingan bawah 23 tahun itu.

“Kejohanan untuk pembangunan pemain muda ini mula dipertandingkan pada 2023 dengan mendapat sokongan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di mana setiap kelab diwajibkan memiliki skuad Piala MFL bagi memenuhi salah satu kriteria dalam Pelesenan Kelab.

“Bagaimanapun selepas dua musim, MFL mendapati pihak kelab menanggung perbelanjaan tinggi dari segi pembayaran gaji pemain dan operasi logistik sehingga mencecah RM28 juta bagi kos yang ditanggung keseluruhan kelab Liga Super.

“Dengan mengambil kira pandangan semua Rakan Kongsi Liga, MFL percaya keputusan untuk memansuhkan saingan Piala MFL ini perlu diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dan menstabilkan semula kedudukan kewangan kelab,” jelas MFL menerusi satu kenyataan, hari ini.

Malah MFL bersama Rakan Kongsi Liga juga bersetuju bahawa pada usia pemain 20 hingga 23 tahun adalah tempoh pemain muda sudah mula bersaing mendapatkan tempat dalam skuad utama berbanding bermain dalam pertandingan peringkat umur.

Meskipun Piala MFL sudah tidak dipertandingkan lagi bermula musim depan, pembangunan pemain muda masih menjadi keutamaan dengan skuad Piala Presiden (bawah 20 tahun) dan Piala Belia (bawah 18 tahun) kekal bersaing dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketiadaan liga bagi pemain bawah 23 tahun itu, MFL komited untuk terus memperkasakan satu-satunya saingan liga domestik iaitu Liga Super bagi musim 2025-2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI