fbpx

Penjawat Awam di Terengganu dapat ‘bonus’ raya RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA- Kerajaan bersetuju membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) bagi penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu sebanyak RM500.

Keputusan itu dicapai lanjutan daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu pada 21 Mac lalu.

Menurut Kementerian Kewangan, BKKA sebanyak RM500 ini akan memanfaatkan lebih 14,000 penjawat awam negeri itu dan akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi menyerikan persiapan menyambut lebaran.

“Kerajaan Madani kekal komited dengan prinsip kesaksamaan dan pendekatan yang manusiawi agar kemakmuran negara dapat dirasai secara bersama, sejajar dengan wawasan Menaikkan Lantai dalam kerangka Ekonomi Madani.

“Semoga sumbangan ini membawa sedikit kegembiraan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI