fbpx

‘Memang menangis sebab saya suka versi asal Serumpun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mimi mendedahkan dia menangis sebelum memadam video asal Serumpun.

PETALING JAYA – Penyanyi Mimi Fly akui menangis kerana memadam video lagu Serumpun versi pertama sebelum memuat naik video baharu.

Menurut Mimi atau nama sebanarnya Shamimi Amalina Norisham, 39, dia sendiri yang membuat keputusan untuk memadam video tersebut tanpa desakan mana-mana pihak.

“Saya padam video tersebut selepas tiga hari dilancarkan. Ketika itu jumlah tontonan sudah melebihi 400,000. Memang menangis juga la ketika nak padam tu sebab saya suka versi asal.

“Tiada siapa pun yang suruh saya padam. Tetapi saya rasa situasi ini seperti sudah menyimpang daripada niat asal saya buat lagu raya.

“Bila baca komen, kenapa masing-masing bergaduh. Bagi saya ini bukan ‘mood’ raya kita. ‘Mood’ raya kita bukan macam ini,” katanya dalam satu wawancara bersama sebuah stesen radio.

Sementara itu, netizen dilihat memuji tindakan Mimi yang disifatkan mereka sebagai seorang artis yang terbuka menerima teguran.

“Tabik dengan Mimi. Matang dan memang hati terbuka dengan kritikan. Keputusan yang tak mudah dia buat tetapi disebabkan dia hormat pendapat pendengar dan penonton video muzik dia. Wajar dihormati penyanyi sebegini,” komen netizen.

Terdahulu video muzik Serumpun versi asal dikritik netizen kerana memaparkan babak yang menampilkan Mimi berpakaian seolah-olah berkemban yang dikatakan tidak sesuai dengan sambutan perayaan umat Islam.

Disebabkan itu, Mimi telah memadam video muzik versi asal dan menggantikan dengan video baharu yang telah disunting tanpa memaparkan babak berpakaian seksi.

Sehingga kini, video muzik Serumpun versi baharu telah mendapat jumlah tontonon melebihi 1 juta dalam platform Youtube. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI