fbpx

‘Mana adab kamu, terkinja-kinja dalam bilik karaoke pada bulan Ramadan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – ‘Tidak beradab dan suka mempersendakan agama sendiri.

Itu antara luahan pengguna media sosial apabila menonton satu klip video yang memaparkan tindakan beberapa remaja perempuan menyewa sebuah bilik karaoke pada bulan puasa.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman Facebook itu, mereka menyewa bilik karaoke berkenaan bermula pukul 6 petang sehingga 3 pagi.

Kelihatan bilik karaoke tersebut penuh dengan makanan dipercayai untuk berbuka puasa serta moreh.

Turut kelihatan ada diantara mereka sedang menunaikan solat di dalam bilik berkenaan.

Meskipun mereka dipercayai berpuasa serta tidak meninggalkan solat, namun tindakan itu seolah-olah menghina kesucian bulan Ramadan dengan aktiviti terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan remaja terbabit dan menyifatkan perbuatan itu memalukan umat Islam.

“Kalau tak solat terawih sekali pun, sekurang-kurangnya hormat bulan Ramadan, bulan yang mulia. Bulan yang penuh barokah yang mana kita buat sesuatu yang diberikan pahala,”tulis Azmah Hanim.

“Mana adab, bertudung dah elok, tetapi terkinja-kinja dalam bilik karaoke pada bulan Ramadan. Kenapa suka mempersendakan agama sendiri?,”soal Herry Aboy.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai

“Buang masa dengan perkara tak berfaedah di bulan mulia,”kata Nurul Ain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI