fbpx

Luahan Pembaca: Moga Aidilfitri ini, jalan Pekan-Rompin terang benderang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LALUAN Pekan-Rompin yang tidak rata selain gelap tanpa lampu jalan membahayakan pengguna.

SEBAGAI anak jati Kuala Rompin, Pahang yang bekerja di Kuantan, laluan Kuantan-Pekan-Rompin di pesisir pantai menjadi laluan utama saya untuk pulang ke kampung sama ada ketika cuti hujung minggu ataupun perayaan.

Bagaimanapun, apa yang merisaukan ialah laluan ini bukan sahaja kecil, malah gelap kerana ketiadaan lampu jalan.

Bukan sahaja ‘menakutkan’ malah timbul rasa gusar sekiranya kenderaan rosak di tengah jalan, ia pasti mengundang ‘penjenayah’ kerana laluan itu juga dikelilingi hutan.

Ditambah pula dengan keadaan jalan yang tidak rata dan berlubang, sudah tentu ia berisiko kepada kenderaan, tayar bocor boleh jadi.

Keadaan ini sudah berlarutan lama, seolah-olah tiada siapa yang ambil peduli berbanding jalan di daerah lain yang dilihat lebih bersinar dan bercahaya.

Penulis berharap kerajaan negeri dapat melihat perkara ini dan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini.

Sebagai anak jati, saya tidak meminta pembangunan pesat di daerah luar bandar ini tetapi berilah keutamaan kepada aspek yang melibatkan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.

Saya yakin Menteri Besar Pahang sentiasa memberi perhatian kepada masalah rakyat, namun mungkin untuk isu ini beliau tidak mendapat laporan daripada pihak yang sepatutnya.

Moga Aidilfitri ini akan memberi sinar kepada perantau yang akan pulang beraya apabila dapat melihat cahaya lampu jalan di jalan Pekan-Rompin.

 

Ahmad
Anak jati Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI