fbpx

Luahan Pembaca: Bergegar kereta lalu jalan dipasang ‘road stud’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LALUAN di Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam yang dipasang pepaku jalan atau road stud.

Jalan raya yang bersih dan selamat digunakan menjadi idaman setiap pemandu.

Pemasangan aksesori di atas jalan oleh pihak-pihak yang berwajib adalah perkara biasa, sekiranya ia memberikan nilai tambah kepada para pemandu terutamanya daripada sudut keselamatan.

Penulis ingin mengutarakan berhubung pemasangan aksesori di atas jalan yang telah dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Aksesori ini dipanggil ‘road stud’ atau pepaku jalan. Aset ini dipasang sebanyak 12 baris, merentang jalan di Persiaran Perbandaran, Seksyen 14.

Penulis kerap memandu di atas jalan ini, apa yang dirasa adalah kereta akan bergegar lebih daripada biasa serta perlu menekan brek. Keadaan begini membuatkan pemanduan kurang selesa.

Terfikir pula, apakah perlu pihak MBSA memasang aset tersebut di situ?

Aduan telah dibuat kepada MBSA, dengan menulis e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam pada 5 Februari lalu, namun tiada respons diterima.

E-mel kedua telah dihantar pada 28 Februari lalu, juga tiada jawapan.

Pada masa sama, penulis juga menghantar e-mel kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pada 13 Februari lalu bertujuan meminta pihak Miros memberikan nasihat berhubung penggunaan road stud berkenaan.

Miros membalas e-mel saya, pada 5 Mac lalu mengatakan bahawa pihak mereka telah menjalankan pemeriksaan keselamatan jalan raya (Road Safety Inspection) pada 26 Februari lalu bagi menilai kesesuaian pemasangan pepaku jalan tersebut.

Menurut Miros, hasil penilaian telah dikongsikan dengan MBSA, melalui maklum balas bertulis pada 5 Mac lalu untuk tindakan selanjutnya yang antara lain menggalakkan pihak MBSA mempertimbangkan dapatan RSI yang telah disampaikan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

 

HAJI KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI