fbpx

Lelaki cadang kahwin rakan sekerja untuk keseimbangan hidup-kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail kesesakan jalan raya yang teruk di Bengaluru. - Foto AFP

NEW DELHI – Seorang lelaki di Bengaluru mencadangkan supaya pekerja mendirikan rumah tangga dengan rakan sekerja mereka kerana banyak manfaat yang akan diperoleh, lapor portal berita NDTV. 

Harshit Mahawar berkata, berkahwin dengan rakan sekerja akan menjimatkan wang untuk tambang teksi dan bekerja dari rumah terasa seperti bekerja di pejabat. 

“Pekerjaan di India rosak. Tiada masa untuk bercakap dengan keluarga. Berhenti kerja, keluarga berhenti bercakap dengan anda. Situasi kalah-kalah. 

“Penyelesaian saya, Kahwin dengan rakan sekerja. 

“Tiada skop untuk urusan hubungan luar nikah di tempat kerja. Boleh merujuk anak dua kali dalam syarikat yang sama,” tulisnya di laman sosial LinkedIn.

Cadangan itu mendapat pelbagai komen netizen.

Ada menyokongnya, namun tidak kurang mereka yang menyindirnya dengan berkata: “Kenapa tidak tinggal di pejabat saja? Sewa (rumah) dan tempat letak kereta akan menjadi percuma.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI