fbpx

Lebih 3 juta solat di Masjidil Haram dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Masjidil Haram di Mekah. - Foto AFP

RIYADH – Lebih tiga juta jemaah berkumpul di Masjidil Haram, kota suci Mekah pada hari ke-22 dan malam ke-23 Ramadan, lapor portal berita Gulf News semalam.

Ia merupakan satu perhimpunan jemaah terbesar di Mekah setakat ini.

Menurut angka yang dikeluarkan Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al Rabiah, Masjidil Haram menyaksikan kemasukan jemaah berterusan sepanjang hari. 

Hampir 592,100 jemaah menunaikan solat Subuh diikuti oleh 518,000 lagi yang menunaikan solat Zohor.

Seramai 547,700 jemaah pula mendirikan sembahyang Asar dan 710,500 lagi solat Maghrib.

Solat Isyak dan Tarawih pula dihadiri oleh 732,700 jemaah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI