fbpx

Kutipan sisa domestik di KL, Pahang turun sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas Alam Flora ketika membuat kutipan sisa pepejal. GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) anak syarikat Malakoff Corporation Bhd. mencatatkan penurunan sebanyak 22.89 peratus bagi kutipan sisa domestik di Kuala Lumpur pada hari ke 20 bulan Ramadan tahun ini berbanding pada tahun lalu.

Penurunan itu turut dicatatkan di negeri Pahang iaitu sebanyak 6.43 peratus, manakala Putrajaya kekal dengan tiada perubahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata, trend positif itu mencerminkan peningkatan kesedaran orang ramai dan amalan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab serta lestari sepanjang Ramadan.

Menurutnya, syarikat itu mengutip 29,300 metrik tan sisa domestik di sekitar Kuala Lumpur pada tahun ini berbanding 38,000 metrik tan pada lalu.

“Di Pahang pula, 13,100 metrik tan pada tahun 2025 berbanding 14,000 metrik tan pada 2024.

“Putrajaya pula mencatatkan jumlah yang sama sebanyak 2,000 metrik tan pada kedua-dua tahun tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shariman Yusuf berkata, penurunan kutipan sisa domestik, terutamanya di Kuala Lumpur, disebabkan oleh pengurangan jumlah bazar Ramadan pada tahun ini.

Jelasnya, jumlah lokasi bazar Ramadan di Kuala Lumpur telah dikurangkan dari 112 lokasi pada tahun 2024 kepada 66 lokasi pada tahun 2025.

“Pengurangan tersebut memberi impak langsung kepada jumlah sisa terkumpul kerana jumlah pengunjung dan aktiviti perniagaan di bazar turut berkurangan, seterusnya menyebabkan pengurangan sisa yang dihasilkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa perkhidmatan kutipan sampah serta pembersihan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang, akan terus berjalan seperti biasa sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.
-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI