fbpx

KTMB, Mutiara Perlis perkukuh operasi PIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY Loke (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara KTMB dan IPPSB di Chuping, dekat Padang Besar, hari ini

PADANG BESAR – Operasi Pelabuhan Darat Perlis (PIP) diperkukuhkan menerusi perjanjian kerjasama strategik antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan anak syarikat Kumpulan Mutiara Perlis Sdn. Bhd. (Mutiara Perlis), Inland Port Perlis Sdn. Bhd. (IPPSB), di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perjanjian itu menandakan satu lonjakan penting dalam usaha memperkasa kapasiti logistik wilayah utara serta memperkukuhkan perdagangan rentas sempadan antara Malaysia, Thailand dan rantau ASEAN.

“Pemeteraian perjanjian ini adalah langkah strategik bagi memastikan kelangsungan dan pertumbuhan industri logistik di utara Semenanjung Malaysia.

“KTMB selaku pengendali pengangkutan keretapi utama negara bersama IPPSB akan bekerjasama memastikan PIP berfungsi sebagai hab logistik yang cekap dan berdaya saing dalam memenuhi kehendak pelanggan,” katanya sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di Pusat Perniagaan Bersepadu Kawasan Perindustrian Lembah Chuping.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IPPSB, Arif Rida Shabaruddin.

Menurut Anthony Loke, PIP berperanan sebagai hab penting logistik untuk pengendalian kargo domestik dan rentas sempadan di rantau ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI