fbpx

Kerja penyelenggaraan lebuh raya dihentikan bermula hari ini – KKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi di laman Facebook Alexander.

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di semua lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penutupan itu bermula hari ini sehingga 7 April depan bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Cuma untuk kerja-kerja kecemasan, kita akan benarkan sekiranya ada keperluan.

“Jangan lupa untuk rancang perjalanan anda dengan MyPLUS-TTA masa musim perayaan nanti supaya dapat tiba di destinasi dengan selamat dan selesa,” tulisnya di laman Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI