fbpx

KDA FC buktikan komitmen kekal terus bersaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC dikaitkan dengan pembubaran pasukan akibat masalah kewangan, namun perkembangan terbaharu membuktikan komitmen mereka untuk kekal dalam saingan Liga M. - FB KDA FC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) sekali lagi membuktikan komitmen untuk terus bersaing di pentas Liga Malaysia (Liga M) apabila turut membuat permohonan lesen daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd di mana nasib KDA FC akan diketahui pada penghujung bulan ini.

“Kita ada enam kelab yang memohon lesen AFC iaitu JDT, Selangor, Sabah, Penang, Kedah dan Terengganu. Keenam-enam kelab ini akan diketahui status lesen AFC mereka pada 31 Mac ini,” katanya.

Sebelum ini KDA FC dilaporkan menjadi salah satu daripada dua pasukan yang mungkin terpaksa menarik diri daripada saingan Liga M, namun pengurusan pasukan sentiasa bekerja keras untuk memulihkan segala isu berbangkit.

Dalam masa sama, Mohd Shazli menjelaskan pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima penyertaan kelab luar negara, namun banyak aspek perlu diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kena lalui banyak proses, permohonan kena lalui FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), AFC dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) bagi mendapatkan kelulusan.

“Perkiraan ini yang kita perlu ambil tetapi di pihak MFL, kita tidak ada masalah untuk terima sekiranya ada kelulusan daripada AFC, FIFA dan mendapat sokongan FAM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI