fbpx

Isteri telefon polis tangkap suami curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Esiel dan Mateo berkahwin pada 2023. - Daily Mail

MANILA – Seorang lelaki di Filipina berdepan hukuman penjara sehingga empat tahun selepas ditangkap bersekedudukan dengan teman wanitanya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mateo Bradford, 27, ditangkap selepas isterinya yang dikenali sebagai Esiel, mengekorinya ke sebuah apartmen.

Esiel melihat Mateo masuk ke kediaman itu bersama seorang wanita lain. Mangsa  kemudian  menghubungi polis dan pegawai daripada  unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak Filipina.

Pihak berkuasa seterusnya menyerbu apartmen tersebut dan menemui suami Esiel bersama kekasih gelapnya di atas katil.

Menurut Esiel, suaminya tidak pernah memberikan duit belanja kepada dia dan anak mereka  selama tiga bulan. Lelaki itu  sebaliknya membelanjakan wang untuk kekasihnya.

“Saya mahu dia disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara. Dia tidak memberi kami sebarang nafkah selama tiga bulan, saya tidak akan memaafkannya,” kata Esiel.

Ketua pemasaran berasal Britain itu didakwa dan hadir di mahkamah di Cebu, tengah Filipina, Sabtu lalu, manakala teman wanitanya yang berusia 24 tahun turut ditahan. 

Dia tidak membuat pengakuan dan akan hadir sekali lagi ke mahkamah pada bulan depan. 

Perbuatan curang selepas berkahwin menyalahi undang-undang Filipina. Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga empat tahun untuk lelaki dan enam  tahun bagi wanita. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI