fbpx

Ibu tergamam lihat pergelangan tangan anak putus akibat mercun buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim (kiri) semasa melawat remaja yang cedera akibat terkena mercun buatan sendiri di Hospital Tanah Merah hari ini.

TANAH MERAH – Seorang remaja yang putus pergelangan tangan kirinya akibat terkena letupan mercun buatan sendiri di asrama sebuah sekolah agama di Jeli dekat sini petang semalam selamat menjalani pembedahan di Hospital Tanah Merah di sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan pergelangan tangan remaja berusia 16, tidak dapat diselamatkan manakala rakannya, berusia 15 tahun dan seorang lagi yang masih belum dapat dikenal pasti identitinya turut dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital berkenaan.

Ibu kepada remaja itu, Rosidah Razali, 38, berkata, anaknya selesai menjalani pembedahan membuang bahagian pergelangan tangan kirinya apabila salah satu jari didapati sudah mati akibat letupan botol yang berisi belerang dan batu kerikil.

Menurutnya, selain itu, anaknya turut cedera pada badan dan kedua-dua kaki selepas terkena percikan serpihan botol.

“Saya mengetahui kejadian menimpa anak selepas dihubungi oleh penyelia asrama sekolah kira-kira pukul 4 petang.

“Saya dan suami ketika itu berada di Kota Bharu terus bergegas ke Hospital Jeli kira-kira pukul 8 malam tadi. Saya tergamam dan terkejut melihat tangan anaknya berbalut dengan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di Hospital Tanah Merah di sini hari ini.

Rosidah memberitahu, anaknya ketika itu sedang menangis akibat kesakitan selepas letupan mercun itu menyebabkan pergelangan tangan kiri hancur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI