fbpx

Ibu maut nahas motosikal selepas hantar anak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal yang ditunggangi Noor Faradhillah selepas terlibat kemalangan di Jalan Melaka-Muar, Merlimau, Jasin, pagi tadi.

JASIN – Seorang ibu maut dalam kemalangan di Jalan Melaka-Muar, Merlimau selepas motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang menghantar anaknya ke sekolah.

Difahamkan, mangsa, Noor Faradhillah Muhammad Yusuff, 42, seorang suri rumah, masih menyusukan anak bongsunya yang baru berusia enam bulan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kaki.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menunggang motosikal dari arah Jalan Muar Lama untuk keluar simpang menuju ke jalan utama selepas selesai menghantar anaknya ke sekolah.

“Ketika itu, sebuah kereta jenis yang dipandu seorang guru perempuan berusia 34 tahun dari arah Sungai Rambai menuju ke Merlimau tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI