PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Ribut petir juga dijangka berlaku di Sarawak membabitkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah dan Limbang.
“Di Sabah pula melibatkan kawasan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya.
Amaran cuaca buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE