fbpx

Guru KAFA, takmir di Perak terima BKK RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

IPOH – Kerajaan negeri Perak memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri bernilai RM500 kepada hampir 3,495 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan takmir di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian bantuan kewangan tersebut adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik agama Islam berkenaan.

“Pemberian BKK sebanyak RM500 itu membabitkan 3,495 penerima, terdiri daripada 3,117 guru KAFA dan 378 guru takmir, dengan melibatkan implikasi kewangan negeri mencecah RM1.75 juta. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Beliau berharap bantuan itu dapat membantu meringankan beban kewangan golongan berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri serta menyemarakkan lagi kegembiraan dalam menyambut lebaran yang bakal tiba.

Sebelum ini, kerajaan negeri Perak mengumumkan pemberian BKK Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada 13,582 penjawat awam negeri, termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ), ketua kampung serta kakitangan di bawah kontrak MySTEP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI