fbpx

Guna pistol polis bantuan untuk merompak kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan aksi suspek sebelum dan selepas melakukan rompakan kedai emas itu. -Foto SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang merompak kedai emas di Kota Damansara dekat sini kelmarin, memandu sendiri kenderaan ke lokasi kejadian tanpa bantuan orang lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, segala aktiviti jenayah suspek berusia 32 tahun itu dilakukan secara sendirian termasuk memakir keretanya jenis Proton Persona.

Katanya, pemilihan kedai tersebut berkemungkinan disebabkan premis itu tidak mengupah pengawal keselamatan.

“Setelah siasatan dalam tiga hari ini, kita dapati suspek melakukan secara solo.

“Dia sendiri yang bawa kereta kepunyaannya pergi ke lokasi kejadian dan parkir. Selepas itu, dia melakukan rompakan dan melarikan diri dengan bawa kereta seorang diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Menurut beliau, semasa rompakan dilakukan didapati suspek menggunakan sepucuk pistol dari tempatnya bekerja sebagai polis bantuan di sekitar Bukit Beruntung.

Ujarnya, suspek yang telah lapan tahun bekerja itu dikatakan mempunyai akses kepada simpanan senjata api itu.

“Suspek mengetahui password (kata laluan) yang berkaitan untuk bawa senjata api itu.

“Sebelum kejadian, suspek mengambilnya dan melakukan rompakan itu sebelum meletakkan semua senjata api berkenaan di tempatnya semula di pejabat (syarikatnya bekerja).

“Sejurus itu, suspek pulang ke rumah untuk bersiap untuk memasuki kerja pukul 12 tengah malam sebelum ditangkap di kawasan rumahnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussein menegaskan pihaknya akan memanggil penyelia dan rakan sekerja suspek bagi membantu siasatan berhubung senjata digunakan suspek itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI