fbpx

Farid Kamil, Diana Danielle sah cerai buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemelut rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui noktah apabila mereka sah bercerai talak satu.

KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Farid, 43, melafazkan cerai terhadap Diana di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin, menandakan berakhirnya perkahwinan mereka yang terbina sejak 12 tahun lalu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari kelihatan tenang selepas prosiding dan menerima perpisahan itu dengan hati terbuka.

“Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sesi sebutan tuntutan perceraian.

Diana, 34, turut meluahkan rasa lega selepas segala urusan selesai dan kini mahu memberi fokus kepada dua anak mereka.

“Masing-masing boleh terus fokus kepada anak-anak selepas ini selain membina persahabatan yang baik.

“Paling penting, untuk kebaikan mereka,” dedahnya.

Sebelum ini, Farid pernah menyatakan bahawa dia tidak akan memujuk Diana lagi selepas segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan menemui jalan buntu.

Untuk rekod, pasangan ini pertama kali bercerai pada 10 Ogos tahun lalu, namun kembali rujuk selepas 21 hari.

Bagaimanapun, Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua pada 4 November.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI