fbpx

EPL: United serius buru pengganti Onana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA melakukan beberapa kesilapan sepanjang aksi musim ini yang memberi kesan kepada keputusan perlawanan dan merugikan United. - AFP

MANCHESTER – Manchester United dilapor bersedia membuat keputusan mengejut melepaskan khidmat penjaga golnya, Andre Onana apabila pengendali pasukan itu, Ruben Amorim sudah mengenai pasti dua calon penjaga gol muda.

Prestasi Onana menimbulkan kontroversi apabila dia dilihat melakukan banyak kesilapan yang merugikan pasukan menyebabkan United mahu dia meninggalkan Old Trafford ketika ada tawaran bakal diterima dari kelab Arab Saudi.

Pasukan pemantau bakat United ketika ini sedang mengikuti secara dekat perkembangan penjaga gol Royal Antwerp, Senne Lemmens yang dilapor turut mendapat perhatian Newcastle United dan West Ham United.

Selain itu, mereka dilapor berminat untuk membawa masuk penjaga gawang Lille, Lucas Chevalier dan berusia 23 tahun, namun perlu bertarung dengan musuh setempat, Manchester City yang juga sedang mencari pengganti Ederson.

Lemmens, 22, dinilai pada harga sekitar £30 juta (RM171.23 juta) hanya memiliki kurang 50 penampilan bersama Antwerp, namun dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Belgium, manakala Chevalier pula yang memiliki kontrak sehingga 2027 di Lille memiliki tanda harga £40 juta (RM228.31 juta).

Kedua-dua mereka dilaporkan memiliki keupayaan yang baik menggunakan kaki dalam menghantar bola, namun paling utama ketika ini adalah United perlu mencari penjaga gol yang lebih baik ekoran prestasi tidak menentu Onana.

United dan Amorim dilapor sedang menantikan tawaran yang benar-benar tulen daripada kelab Arab Saudi untuk membolehkan mereka melepaskan Onana biarpun terpaksa menanggung kerugian apabila dijual pada harga yang lebih rendah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI