fbpx

Sedekad bercinta, Azira Shafinaz kini kembali single

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azira kini kembali single selepas berpisah dengan teman lelaki, Yasser Khan.

PUCHONG – Lebih sedekad bercinta, pelakon Azira Shafinaz mendedahkan hubungannya dengan teman lelaki, Yasser Khan sudah berakhir sejak tahun lalu.

Tidak menjelaskan punca perisahan dengan jelas, Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 34, menganggap tiada lagi keserasian antara mereka berdua.

“Nak buat macam mana jodoh tak panjang. Sejujurnya, saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya dan doakan jodoh saya. Mana tahu tahun hadapan saya kahwin? Itu impian dan doa, harap semua aminkan.

“Nak kata tidak serius tak mungkin, saya bersama dia selama 12 tahun. Bila bercinta lama mungkin rasa tak serasi atau tiada ‘spark’ lagi.

“Ada terfikir bercinta lama buang masa tetapi perkara ini mematangkan saya dalam percintaan,” katanya kepada Kosmo! Online semasa majlis buka puasa Astro Shaw bersama anak-anak yatim, semalam.

Lebih tenang menghadapi perpisahan kali ini, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu mahu memberikan tumpuan lebih buat diri sendiri dan kerjaya.

“Banyak perkara saya belajar daripada hubungan lalu tetapi rasanya tak perlu kongsi, cukup saya sahaja yang tahu.

“Saya percaya pada jodoh dan kalau ada mungkin saya akan bersama dia juga. Buat masa sekarang saya memang nak fokus dengan diri sendiri dan kerjaya.

“Kadang-kadang orang lupa, bukan kita pilih kerjaya tetapi kerjaya buat di mana kita berada sekarang sebab itu saya lebih pentingkan di situ (karier),” ujarnya lagi.

Ditanya sekiranya sudah melupakan hubungan, Azira menafikan perkara tersebut namun enggan terlalu berfikir demi menjaga kesihatan mental selain mahu fokus dengan impian.

“Tipulah kawan dah lama 12 tahun tidak fikir benda itu (putus) tetapi saya lebih nak jaga mental dan keadaan saya. Itu lebih penting.

“Banyak lagi impian saya nak dicapai dalam hidup. Saya juga nak lebihkan masa dan fikiran ke arah itu,” jelasnya.

Sebelum ini, anggota kumpulan Defam itu dalam satu temu bual Bersama Kosmo! mendedahkan hatinya sudah dimiliki dan bahagia menyulam kasih.

Awal tahun lalu, Azira mengakui sudah bersedia menamatkan zaman bujang dengan Yasser tetapi masih menunggu masa tepat untuk bergelar isteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI