fbpx

DJ Hardwell kembali ke Malaysia April depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ Hardwell

PETALING JAYA – Deejay dan produser antarabangsa, DJ Hardwell bakal kembali bertemu peminat muzik tari elektronik (EDM) di Malaysia pada Festival Muzik Neon yang akan berlangsung di KL Base Sungai Besi pada 11 April ini depan.

Menurut penganjur festival, NEON Projects Sdn. Bhd., kemunculan Hardwell bakal membawa pengalaman hebat apatah lagi sudah tujuh tahun tidak membuat persembahan pada konsert tersebut.

“Hardwell akan membawakan lagu popularnya seperti Spaceman selain bakal menghiburkan penonton dengan karya terbaharunya iaitu Big Room Techno,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara tersebut juga bakal membawa Artbat iaitu antara nama yang dikenali dalam kalangan peminat muzik melodi techno.

Artbat sebelum ini terkenal dengan visual hebat dan dijangkan membuat debut di rantau ini dengan persembahan audio visual baharu, Upperground.

Konsert Neon juga bakal menggabungkan tiga nama lain iaitu Dubvision, Matisse & Sadko serta Third Party di atas satu pentas.

“Ini adalah persembahan kali pertama tiga gergasi Progressive House sekali gus mencipta sejarah tersendiri dalam arena muzik tarian.

“Biarpun Matisse & Sadko pernah ke Malaysia, gabungan ini menampilkan persembahan debut Third Party yang memang sudah lama dinantikan peminat di sini,” katanya lagi.

Dengan kembalinya Hardwell dan persembahan artis antarabangsa, NEON Projects menjanjikan gabungan visual hebat, muzik bertenaga tinggi dan tenaga luar biasa.

“Pasukan NEON berusaha keras untuk memberikan yang terbaik demi pengalaman tiada tandingan,” ujarnya.

Tiket konsert tersebut sudah mula dijual dan boleh didapati menerusi laman web www.neomusicfestival.asia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI