fbpx

Dah dekat raya, ibu anak satu hilang sejak Jumaat lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZANIFAH dilaporkan hilang selepas keluar rumah Jumaat lalu.

KOTA TINGGI – Seorang wanita hilang dan tidak pulang rumah sejak Jumaat lalu selepas kali terakhir dilihat keluarganya keluar untuk ke kedai fotostat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, wanita dikenali sebagai Zanifah Baharum, 52 merupakan ibu kepada seorang anak.

Katanya, wanita terbabit yang tinggal bersama bapanya di Felda Papan Timur kali terakhir dilihat pada pukul 9.15 malam.

“Wanita itu berketinggian 161 cm dan berat 54 kilogram, berambut hitam lurus paras bahu, tahi lalat atas bibir sebelah kiri.

“Menurut keluarga dia keluar rumah dengan memakai baju berwarna hitam lengan panjang, sarung warna hitam dan memakai tudung hitam untuk fotostat dokumen.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lokasi mana-mana individu tersebut boleh terus menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Asnalisz Zainal 0164446871,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian (07-8837222), hotline IPK Johor di talian (07-2212999) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tambahnya kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat diperlukan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI