PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda Sabah sehingga 2 petang ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE