fbpx

Cklamovski perlu elak aib aksi debut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CKLAMOVSKI perlu menggunakan segala kepakarannya untuk memastikan Harimau Malaya meraih kemenangan pada aksi debutnya menentang Nepal. - FB MALAYSIA NT

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski perlu menggunakan segala kepakarannya untuk mengelak aib sama seperti jurulatih Indonesia, Patrick Kluivert yang berdepan kritikan hebat ekoran kekalahan 1-5 kepada Australia.

Harimau Malaya yang akan membuka tirai kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok menjadi pasukan pilihan untuk menang terutamanya jika mengambil kira jurang kualiti yang ada pada kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, kemenangan 1-0 yang diraih Nepal ke atas Singapura pada aksi persabahatan, Jumaat lalu memberi amaran awal buat Cklamovski untuk menyiapkan pasukan dengan lebih baik.

“Perhatian terhadap perkara penting untuk menjadikan kami pasukan yang bagus dan adalah bagus buat saya melihat pemain begitu komited. Ia menghadirkan rasa teruja untuk saya membantu pasukan menjadi lebih baik.

“Setiap hari akan peningkatan dan kami sebenarnya sedang bergerak ke arah yang betul. Untuk menjadi pasukan yang lebih baik, kami perlu terus bantu mereka,” kata Cklamovski.

Dalam masa sama, status sebenar dan peluang penggempur Harimau Malaya, Faisal Halim untuk turun bermain menentang Nepal menjadi tanda tanya selepas dia mengalami kecederaan pada kaki kiri.

Menerusi satu gambar yang dikongsikan di laman media rasmi Harimau Malaya, Faisal dirakam mengalami kecederaan dan meletakkan ais pada bahagian buku lali kiri, namun tiada maklumat tepat yang dikongsikan oleh pasukan perubatan pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI