fbpx

Bayi maut, kereta dipandu bapa gagal memotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta jenis Proton Waja dan Honda Civic dinaiki dua keluarga yang bertembung di Kampung Lepan Anjung, Kuala Krai semalam. -Foto PDRM

KUALA KRAI – Seorang bayi lelaki maut selepas kereta dipandu bapanya gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Lepan Anjung berhampiran sebuah pencawang elektrik Dabong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.51 petang itu, mangsa yang berusia setahun sembilan bulan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Dabong di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu lelaki berusia 31 tahun yang membawa isteri berusia 30 tahun bersama anak perempuan berusia empat tahun dan bayi tersebut dalam perjalanan dari arah Lepan Anjung ke Jelawang.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun tidak lepas sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Civic yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan turut mendapati, Honda Civic itu dinaiki sebuah keluarga terdiri daripada sepasang suami isteri berusia 34 dan 32 tahun selain anak lelaki empat tahun bersama bayi perempuan berusia tiga bulan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mazlan memberitahu, siasatan lanjut mendapati, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Proton Waja yang tidak lepas memotong sebelum bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI