fbpx

Bakso goreng hangit punca lelaki cekik teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menyimpan mayat mangsa di dalam bilik tidurnya (gambar kanan) sehingga ia menjadi tulang rangka. - Perhubungan Awam Polis Bantul

JAKARTA – Gara-gara berang bakso yang digoreng hangit, seorang lelaki di Bantul, Jogjakarta mencekik teman wanitanya hingga mati sebelum menyembunyikan mayat mangsa sejak September tahun lalu, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Tulang rangka milik mangsa dikenali sebagai EDP, 23, ditemukan pada 20 Mac lalu di bilik tidur suspek, Muhammad Rafy Ramadhan, 24.

Ketua Perhubungan Awam Polis Bantul, Asisten Komisioner Polis I Nengah Jeffry Prana Widnyana berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menggoreng bakso, manakala suspek membasuh pinggan di rumah sewanya.

“Mangsa yang sedang menggoreng bakso meninggalkannya seketika di atas kuali ketika dia menyapu sampah.

“Namun, bakso itu hangit, menyebabkan suspek marah,” katanya.

Tambah Jeffry, suspek mula memukul mangsa sebelum mencekik leher mangsa sehingga dia tidak bernafas.

Suspek kemudian menyimpan mayat mangsa di dalam bilik tidur rumah sewanya dan hidup bersama mayat tersebut selama dua minggu sehingga ia mula berbau busuk.

Ujarnya, suspek kemudian berpindah ke rumah sewa rakannya di Sleman sebelum kembali ke rumahnya pada 7 Disember 2024 dan mendapati mayat mangsa sudah menjadi rangka.

“Suspek membalas mesej daripada keluarga dan rakan-rakan mangsa supaya mereka menyangka dia masih hidup. 

“Namun, beberapa penduduk mula berasa curiga apabila suspek dilihat sering menunggang motosikal mangsa, namun wanita tersebut sudah lama tidak dilihat.

“Laporan dibuat kepada polis mengenai kehilangan mangsa sebelum tulang rangkanya ditemukan pada 20 Mac lalu,” kata Jeffry. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI