fbpx

APMM pantau aktiviti ceroboh pelantar minyak musim raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM memeriksa salah sebuah bot nelayan sempena pelancaran Ops. Khas Pagar Laut di perairan Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) akan memberi tumpuan terhadap ancaman pencerobohan pelantar minyak tidak berpenghuni di sekitar perairan Terengganu sempena Ops. Khas Pagar Laut pada musim perayaan Aidilfitri yang bakal disambut minggu depan.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abdul Majid berkata, pencerobohan pelantar minyak tidak berpenghuni untuk mencuri kabel elektronik didalangi penjenayah Indonesia itu dikesan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

“Kita pernah menahan tujuh anggota sindiket yang mencuri kabel elektronik di sebuah pelantar minyak kosong melibatkan kerugian jutaan ringgit di Lapangan Tembikai pada bulan Februari lalu.

“Satu lagi percubaan menceroboh pelantar minyak untuk sama turut dikesan baru-baru ini tetapi berjaya digagalkan,” katanya ketika melancarkan Ops Khas Pagar Laut peringkat Terengganu di perairan Kuala Terengganu dekat sini malam tadi.

Mohd. Khairulanuar berkata, tumpuan akan diberikan terhadap 12 pelantar minyak tidak berpenghuni yang terdapat di sekitar perairan negeri ini.

Beliau berkata, Ops. Khas Pagar Laut yang melibatkan 43 pegawai dan sembilan aset APMM itu juga akan memberi fokus mengawal perairan negara daripada pencerobohan nelayan Vietnam.

“Walaupun ancaman nelayan Vietnam semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini namun risikan kita mendapati kebanyakan bot mereka masih berada di sempadan perairan antarabangsa.

“Jika mustahil mereka boleh masuk ke perairan negara jika tidak dipantau,” katanya.

Mohd. Khairulanuar berkata, APMM mahu memberi mesej kepada golongan terbabit kawalan keselamatan perairan negara tidak dilonggarkan malah diperketatkan pada musim perayaan Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI