fbpx

Anggota APMM dituduh cederakan ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Langkawi

LANGKAWI – Seorang anggota Maritim Malaysia (APMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang ibu tunggal, dua tahun lalu.

Tertuduh, Laskar Kanan Maritim Raziemean Razali, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Allan Suman Pillai.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan ke atas wanita berusia 40 tahun di sebuah rumah di Tanjung Mali, Pantai Chenang, di sini kira-kira pukul 3.13 petang, 10 Oktober 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aqlima Azizi dan tertuduh diwakili peguam, V. Rajadevan.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan syarat tambahan untuk tidak mengganggu saksi pendakwaan. Dia membayar jumlah jaminan dikenakan

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mei.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI