PERNAHKAH hati kecil anda terdetik, “Bagaimana jika ini Ramadan terakhirku? Adakah keluargaku bersedia untuk meneruskan hidup tanpaku?”
Ramadan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi juga bulan muhasabah diri. Dalam kesibukan kita beribadah dan berbuka bersama keluarga, jarang kita bertanya, jika ajal menjemput esok, apa yang kita tinggalkan untuk mereka?
Warisan atau beban?
Hakikatnya, lebih RM90 bilion harta umat Islam di Malaysia masih terbeku kerana tiada perancangan awal.
Tanpa hibah, pasangan dan anak-anak bukan sahaja kehilangan insan tersayang, tetapi juga tempat berteduh dan sumber kewangan untuk kesinambungan hidup.
Malang tidak berbau – kematian boleh berlaku pada bila-bila masa dan tanpa persediaan, waris terpaksa menanggung akibatnya.
Sesal kemudian tiada guna
Renungkan kisah Puan Zulaikha (bukan nama sebenar). Suaminya, seorang usahawan berjaya, meninggal akibat serangan jantung pada usia 50-an.
Rumah banglo yang mereka duduki bersama tiga anak yang masih bersekolah tidak dapat dituntut kerana tiada dokumen hibah.
Hutang ansuran rumah tertunggak, waris lain mula menuntut bahagian masing-masing, dan akhirnya Puan Zulaikha dan anak-anak terpaksa berpindah ke rumah sewa kecil kerana tidak mampu menanggung kos perbicaraan harta pusaka yang memakan masa bertahun-tahun.
Kes ini bukan unik, malah ia berlaku lebih kerap daripada yang disangka.
Berapa ramai keluarga yang terpaksa berdepan dengan konflik antara ahli keluarga hanya kerana ketua keluarga tidak sempat merancang masa depan mereka?
Hibah hartanah: perlindungan dan jaminan untuk yang tersayang
Hibah bukan sekadar soal pemindahan hak milik harta pusaka, ia juga adalah satu bentuk kasih sayang, tanggungjawab dan jaminan kepada keluarga.
Dengan hibah hartanah, pemilik aset boleh menentukan dengan jelas siapa yang akan menerima hartanya tanpa perlu melalui proses faraid yang panjang.
Ini memastikan pasangan dan anak-anak mendapat perlindungan kewangan segera, tanpa risiko harta terbeku atau perebutan dalam kalangan waris.
Hati kita sering menangguhkan perkara ini, beranggapan bahawa kita masih mempunyai banyak masa.
Tetapi hakikatnya, hidup ini tidak pernah lari daripada ketidaktentuan dan penuh dengan ketidakpastian.
Yang pastinya, ajal tidak pernah menunggu sesiapa. Setiap detik adalah anugerah Tuhan, dan setiap hari adalah peluang untuk kita melakukan yang terbaik untuk keluarga kita.
Sediakan payung sebelum hujan kerana kasih sayang bukan sekadar kata-kata manis, tetapi juga tindakan.
Jika ini Ramadan terakhir kita, pastikan keluarga tidak dibiarkan terkontang-kanting tanpa hala tuju. Jangan tunggu sehingga terlambat. Lindungi mereka hari ini.
Sila layari www.jomhibah.com/hlisb untuk maklumat lanjut, atau imbas kod QR tertera.